Kembali ke Laman Utama
Cari Direktori
English   中文 Berita & Peristiwa Produk Pembiayaan Pautan Berguna Soalan Lazim Hubungi Kami Mengenai Kami
Lupa Kata Laluan  |  Daftar Baru
Laman Utama > Notis dan Penafian
 

Notis dan Penafian

Dengan mengakses Portal SMEinfo ini, anda disifatkan telah bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat Notis dan Penafian ini.

Portal SMEinfo ini mengandungi maklumat yang dikumpul daripada peserta bebas oleh Bank Negara Malaysia untuk makluman am sahaja dan maklumat tersebut bukan merupakan nasihat profesional untuk mana-mana isu tertentu. Walaupun Bank Negara Malaysia berusaha untuk memastikan maklumat yang terkandung dalam laman web ini adalah tepat, Bank Negara Malaysia tidak memberikan sebarang jaminan, secara nyata atau tersirat, bahawa maklumat yang diberikan adalah lengkap, tepat, ataupun terkini. Portal SMEinfo dan maklumat di dalamnya boleh dikemas kini, ditukar atau diubah suai oleh Bank Negara Malaysia dan peserta dari semasa ke semasa. Pengguna harus mengambil langkah yang perlu seperti mendapatkan nasihat profesional bagi mengesahkan maklumat yang didapati sebelum bergantung padanya.

Bank Negara Malaysia mempunyai hak mutlak untuk mengeluarkan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan atas apa-apa sebab, mana-mana perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang baru atau yang sedia ada daripada Portal SMEinfo ini.

Bank Negara Malaysia atau mana-mana orang yang terbabit dalam mencipta, membangunkan atau mengeluarkan maklumat dalam Portal SMEinfo ini tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan, atas apa-apa kerugian termasuk dan tidak terhad kepada ganti rugi khas, ganti rugi tidak langsung, ganti rugi berbangkit atau ganti rugi terhadap kehilangan peluang penggunaan, kehilangan data, kehilangan pendapatan atau keuntungan yang berbangkit daripada atau yang berkaitan dengan Portal SMEinfo ini atau maklumat di dalamnya, sama ada melalui tindakan kontrak, tort, atau apa jua selainnya. Bank Negara Malaysia dengan ini menafikan mana-mana liabiliti bagi sebarang nasihat atau pendapat yang diberikan oleh peserta Portal SMEinfo dan nasihat dan pendapat sedemikian menjadi tanggungjawab peserta yang berkenaan.

Anda hanya boleh mencetak atau memuat turun kandungan laman web ini untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk tujuan perniagaan. Anda juga tidak dibenarkan menyalin, menyiarkan, memuat turun, menyimpan (dalam apa jua bentuk perantara), menghantar, mengubahsuai atau menukar dalam apa jua cara, kandungan Portal SMEinfo ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Bank Negara Malaysia. Pengubahsuaian tanpa kebenaran terhadap apa-apa maklumat dalam Portal SMEinfo ini boleh mengakibatkan tindakan undang-undang diambil ke atas anda.

Portal SMEinfo ini mengandungi hiperpautan kepada laman web yang dibangunkan dan disenggarakan oleh organisasi lain. Pautan ini diberikan kepada anda sebagai suatu kemudahan sahaja. Bank Negara Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap kandungan laman-laman web tersebut dan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kerugian atau kerosakan yang dialami berikutan penggunaan atau pergantungan pada mana-mana maklumat oleh pengguna yang mengakses laman-laman web tersebut.

Semua terma dan syarat dalam Portal SMEinfo ini hendaklah dilindungi dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.

 
Pengubahsuaian terakhir: 29 October 2007 13:16.

 
 
 
Mengenai Kami - Berita & Peristiwa - Hubungi Kami - Soalan Lazim - Pautan Berguna - Penafian - Pernyataan Dasar Privasi
© SME Corporation Malaysia, 2010. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Untitled Document