Kembali ke Laman Utama
Cari Direktori
English   中文 Berita & Peristiwa Produk Pembiayaan Pautan Berguna Soalan Lazim Hubungi Kami Mengenai Kami
Lupa Kata Laluan  |  Daftar Baru
Laman Utama > Pernyataan Dasar Privasi
 

Pernyataan Dasar Privasi

Pernyataan Dasar Privasi

Anda mungkin ingin mencetak Pernyataan Dasar Kerahsiaan ini untuk rujukan masa hadapan kerana ia mengandungi maklumat penghubungan yang penting.

Terima kasih kerana melawat Gerbang SMEinfo ini, dan membaca Pernyataan Dasar Kerahsiaan kami. Tujuan Pernyataan Dasar Kerahsiaan ini adalah untuk menerangkan sebab-sebab pungutan dan tujuan kegunaan maklumat peribadi anda.

Persetujuan anda

  • Dengan menggunakan Gerbang SMEinfo ini, atau dengan memberikan kami maklumat peribadi anda, anda telah bersetuju dengan pungutan, pengunaan dan pendedahan maklumat tersebut seperti mana yang digambarkan dalam Pernyataan Dasar Kerahsiaan.
  • Jika anda tidak bersetuju dengan pungutan, pengunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda seperti mana yang digambarkan dalam Pernyataan Dasar Kerahsiaan, jangan gunakan Gerbang SMEinfo ini.

Pungutan dan Pengunaan Maklumat Peribadi

Maklumat yang anda beri kepada kami.
  • Untuk mendaftarkan syarikat atau perniagaan anda dalam Daftar PKS, iaitu sebuah panduan 'online', kami memerlukan maklumat peribadi daripada anda. Maklumat peribadi yang diberi oleh anda pada masa pendaftaran dalam Daftar PKS itu hanya akan digunakan khasnya untuk tujuan membina Daftar PKS tersebut.
  • Apabila anda menghantar maklumat yang akan mengenalpasti diri anda dalam mana-mana e-mel, kami hanya akan menggunakan maklumat itu untuk menolong kami untuk mengambil tindakan ke atas permintaan atau pertanyaan anda.
Maklumat yang dihantar kepada kami oleh "web browser" anda
  • Apabila anda melawat laman web kami untuk membaca halaman ataupun memuat turun maklumat, kami dengan secara automatik, mengumpul dan menyimpan maklumat berikut mengenai anda:
    • Alamat Internet Protocol (IP) dari mana anda mencapai laman web kami. Alamat IP adalah sesuatu nombor yang unik yang diberi secara automatik kepada komputer yang anda menggunakan setiap kali anda melayari internet.
    • Jenis "browser", contohnya, Netscape atau Internet Explorer, dan sistem operasi (operating system), seperti Windows 98 ataupun Linux, yang digunakan untuk mencapai laman web kami.
    • Tarikh dan masa yang laman web kami dicapai, bagi tujuan mengawasi permintaan.
    • Halaman-halaman yang dilawati, untuk mempertingkatkan lagi kegunaan laman web kami, dengan memberi pautan yang berguna, serta mengeluarkan mana-mana halaman yang tidak dibaca.
    • Laman web yang terakhir anda melawati sekiranya laman web itu mengandungi pautan kepada Gerbang SMEinfo ini, ia akan menunjukkan cara yang anda jumpa laman web ini.

Kami menyimpan maklumat tersebut dalam rekod informasi sistem kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk memperbaiki lagi laman web kami untuk kegunaan pelawat di laman web kami. Kami melakukan ini melalui mengetahui lebih lanjut lagi jumlah pelawat yang melawati laman web kami, jumlah halaman yang dibaca, dan kadar permintaan untuk halaman-halaman tertentu. Kami tidak menggunakan maklumat tersebut untuk mengikut jejak dan merekod maklumat tentang mana-mana individu dan sesi pelawatan mereka.

Maklumat yang dikumpul dengan meletakkan "session cookie" dalam komputer anda
  • Kadangkala, Gerbang SMEinfo ini menggunakan "session cookie" untuk menjejak jumlah pengguna Gerbang SMEinfo ini. "Session cookie" ini digunakan untuk menandakan komputer anda dengan sebuah pengidentifikasi yang tersendiri setiap kali kamu melayari Gerbang SMEinfo ini. "Session cookie" tidak boleh mengenalpasti anda secara peribadi dan akan berakhir pada masa anda menutup "browser" anda.
  • Kami menggunakan "session cookie" untuk mengumpul maklumat statistik mengenai cara-cara pelawat menggunakan Gerbang SMEinfo ini, contohnya, halaman manakah yang dilawati, pautan yang digunakan dan jumlah masa yang diberi kepada setiap halaman. Ini akan menolong kami untuk lebih memahami kehendak dan minat pelawat kami, supaya kami boleh memperbaiki kandungan dan kegunaan gerbang ini.
  • Sekiranya anda tidak ingin menerima "cookie" tersebut, anda boleh menetapkan "browser" anda supaya menolak "cookie" ataupun untuk memberitahu anda apabila sebuah "cookie" diletak di komputer anda.
Maklumat yang diberi oleh anda secara sukarela

Gerbang SMEinfo ini mengumpul maklumat yang anda beri secara sedia dan sukarela apabila anda menggunakan Gerbang SMEinfo ini. Contohnya, maklumat yang anda beri apabila anda meminta penanda e-mel, atau bila anda melengkapkan tinjauan, bila anda menanya sesuatu kepada kami, atau bila anda menghantar e-mel maklumbalas atau komen anda kepada kami. Dalam banyak kes-kes yang disebut di atas, maklumat ini juga adalah maklumat peribadi.

Kami mungkin juga menggunakan maklumat peribadi ini untuk tujuan yang lain, seperti khidmat pelanggan, pencegahan penipuan dan juga untuk memberi anda maklumat yang mungkin anda ingini, untuk menolong anda, atau perniagaan anda.

Pendedahan Maklumat Peribadi

  • Sila ambil perhatian yang Daftar PKS ini boleh dicapai oleh orangramai, dan ini bermakna yang maklumat peribadi anda boleh dilihat oleh pelawat-pelawat lain yang menggunakan Gerbang SMEinfo ini

Capaian kepada Maklumat Peribadi anda

Anda berhak untuk mencapai maklumat peribadi anda dan mengubahsuaikan, membetulkan atau mengemaskinikan maklumat melalui Daftar PKS tersebut.

Hantar surat kepada kami di:

Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterpris
BANK NEGARA MALAYSIA
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Daftar PKS)

Simpanan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi anda yang diberi kepada Daftar PKS akan disimpan di Gerbang SMEinfo ini sehingga anda menghantar permintaan secara bertulis untuk mengeluarkan maklumat itu dari Gerbang SMEinfo tersebut.

Keselamatan dan Pautan Pihak Ketiga

Untuk menjaga keselamatan laman web ini dan untuk memastikan yang perkhidmatan ini akan kekal untuk semua pelawat, sistem komputer Gerbang SMEinfo ini menggunakan program software yang meneliti lintasan network, untuk mengenalpasti cubaan muat naik, ataupun pertukaran kandungan, atau cubaan pemusnahan, yang tidak dibenarkan.

Pautan kepada Laman Web yang lain

Laman-laman web yang lain di mana pautan diberi oleh kami mungkin mempunyai Pernyataan Dasar Kerahsiaan yang berlainan. Kami tidak bertanggungjawab ke atas amalan maklumat laman-laman web yang lain, dan kami turut menggalakkan semua pelawat supaya meneliti dasar kerahsiaan dan pernyataan setiap laman-laman web tersebut.

Soalan mengenai Pernyataan Dasar Kerahsiaan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Pernyataan Dasar Kerahsiaan ini atau pengunaan maklumat peribadi anda berkaitan dengan Gerbang SMEinfo kami, sila hubungi kami klik di sini.

Ataupun

Hantar surat kepada kami di:

Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterpris
BANK NEGARA MALAYSIA
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
(Daftar PKS)

Perubahan kepada Pernyataan Dasar Kerahsiaan

Kami mungkin mengemaskini dan mengubah Pernyataan Dasar Kerahsiaan ini. Kami akan memberitahu anda mengenai apa-apa perubahan, melalui notis yang akan dihantar kepada alamat e-mel utama anda, atau melalui siaran di Gerbang SMEinfo ini.

 
Pengubahsuaian terakhir: 29 October 2007 12:17.

 
 
 
Mengenai Kami - Berita & Peristiwa - Hubungi Kami - Soalan Lazim - Pautan Berguna - Penafian - Pernyataan Dasar Privasi
© SME Corporation Malaysia, 2010. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Untitled Document