Pembangunan PKS Malaysia
Kepentingan PKS
Membangunkan sekumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang pelbagai dan mempunyai daya saing yang tinggi adalah tema utama ke arah pengekalan pertumbuhan ekonomi. PKS adalah penting di dalam proses perkembangan ekonomi dan mereka memainkan peranan yang penting dalam rangkaian pengeluaran negara.
Sesetengah ekonomi yang maju telah berjaya kerana PKS merupakan bahagian utama ekonomi negara itu, mencakupi lebih 98% daripada jumlah pertubuhan dan menyumbang lebih 65% kepada pekerjaan serta lebih 50% daripada keluaran domestik negara.
Meskipun di Malaysia angkanya mungkin lebih rendah, PKS berpotensi membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang ada, untuk pertumbuhan masa hadapan negara.
Pengubahsuaian terakhir: 19 June 2006 11:12.