Pembiayaan PKS
Pembiayaan PKS
Sesebuah PKS akan maju jika diberi pertolongan dalam semua perkara, terutamanya, dari segi pembiayaan.
Oleh kerana itu, pihak Kerajaan telah mengutamakan akses kepada pembiayaan dalam rancangannya untuk memajukan PKS.
Langkah-langkah yang diambil oleh MPPK dalam perkara ini termasuk:
- Penubuhan Bank PKS untuk memupuk dan membangunkan PKS melalui penyediaan perkhidmatan kewangan dan bukan kewangan.
- Memperkenalkan pensekuritian pinjaman PKS untuk menggalakkan pemberian pinjaman berterusan oleh institusi kewangan kepada PKS.
- Memperkenalkan produk-produk pembiayaan dagangan baru untuk PKS bagi menggalakkan PKS mengeksport barangan dan perkhidmatan masing-masing kepada pasaran-pasaran bukan tradisional, khususnya negara-negara anggota Persidangan Pertubuhan Islam.
Pengubahsuaian terakhir: 20 February 2008 17:08.