Pembangunan Produk dan Pentauliahan Mutu
PKS harus selalu meningkatkan mutu produk mereka, atau mencipta produk baru, supaya produk-produk tersebut lebih menarik serta mempunyai kualiti dan nilai yang lebih tinggi, untuk meningkatkan lagi daya saingan mereka.
Ini boleh dicapai menerusi penyelidikan dan pembangunan, kegunaan ICT, serta kegunaan piawai dan pentauliahan mutu untuk industri-industri.
Pembangunan Produk
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini menyediakan kursus-kursus latihan, promosi, perkhidmatan perunding dan penyelidikan untuk meningkatkan Kualiti dan Produktiviti.
Perkhidmatan MPC
Perkara-perkara seperti ukur rujuk (benchmarking), program pentauliahan mutu, penyelidikan dan program latihan dikendalikan dibawah pelbagai skim MPC.
Program-program Latihan MPC
MPC ada menjadualkan dan melaksanakan program-program latihan dalam syarikat dan juga menyediakan aktiviti-aktiviti pembangunan sistem yang melibatkan produktiviti, mutu, daya saingan dan pengurusan untuk membantu meningkatkan perniagaan tersebut.
Pengubahsuaian terakhir: 14 July 2006 16:36.