Kembali ke Laman Utama
Cari Direktori
English   中文 Berita & Peristiwa Produk Pembiayaan Pautan Berguna Soalan Lazim Hubungi Kami Mengenai Kami
Lupa Kata Laluan  |  Daftar Baru
Laman Utama > Perkara Berkaitan Perbankan
 

Perkara Berkaitan Perbankan

Apakah kedudukan kredit anda?

Institusi yang meminjamkan wang (seperti institusi perbankan dan institusi kewangan pembangunan) akan membuat penilaian kredit keatas kesemua pemohon pinjaman. Ini termasuk pemeriksaan latar belakang dari pelbagai punca, termasuk daripada Biro Kredit yang menyimpan maklumat mengenai sejarah kredit pemohon pinjaman.

Peranan Biro Kredit

Biro Kredit di Malaysia telah ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958. Biro ini diuruskan oleh Bank Negara Malaysia dan mula beroperasi sejak 1982. Biro Kredit mengumpul maklumat kredit mengenai para peminjam daripada institusi-institusi kewangan dan kemudiannya menawarkan maklumat kredit yang dikutip ini balik kepada institusi-institusi kewangan. Maklumat yang terkandung di Biro Kredit boleh membantu institusi kewangan untuk membuat keputusan pemberian pinjaman berasaskan maklumat lengkap dalam masa yang lebih tepat.

Apakah jenis maklumat tentang diri anda yang disimpan oleh Biro Kredit?

Biro Kredit menyimpan maklumat yang bersifat fakta mengenai anda:

  • Butir-butir peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat
  • Butir-butir terperinci tentang akaun kredit anda seperti jenis kemudahan kredit, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang-undang (jika ada)
Maklumat kredit yang dikumpulkan oleh Biro Kredit semuanya disimpan dalam satu sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai CCRIS. CCRIS memproses dan menyusun semula maklumat kredit dalam bentuk laporan kredit yang tersedia untuk dibekalkan kepada anda atau institusi-institusi kewangan jika diminta.

Mendapatkan laporan kredit

Untuk pemohon yang menetap di Lembah Klang

  • Dapatkan laporan kredit anda dari Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) di Bank Negara Malaysia di alamat berikut:

    BNM LINK
    Tingkat satu, Blok D,
    Bank Negara Malaysia,
    Jalan Dato' Onn,
    50480 Kuala Lumpur.

  • Dokumen sokongan yang diperlukan adalah lesen memandu atau bil-bil utiliti.
Untuk pemohon yang menetap di kawasan luar Lembah Klang
  • Hantar Borang Permintaan Laporan Kredit dan Borang Deklarasi Pinjaman yang boleh didapati dari:
  • Hantarkan borang yang lengkap berserta dokumen sokongan ini melalui pos/faks/emel ke:

    BNM TELELINK
    Jabatan Komunikasi Korporat,
    Bank Negara Malaysia,
    P.0.Box 10922,
    50929 Kuala Lumpur.

    Faks: 03-2174 1515
    Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my


Sekiranya informasi yang dinyatakan dalam laporan kredit anda tidak tepat, anda perlu melaporkan kepada BNM TELELINK dengan segera.

Untuk maklumat lanjut tentang Biro Kredit sila klik di sini, muat turun buku panduan atau merujuk soalan lazim untuk bantuan.

 
Pengubahsuaian terakhir: 20 February 2008 12:22.

 
 
 
Mengenai Kami - Berita & Peristiwa - Hubungi Kami - Soalan Lazim - Pautan Berguna - Penafian - Pernyataan Dasar Privasi
© SME Corporation Malaysia, 2010. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Untitled Document