Alat Kewangan
Alat Kewangan
Alat kewangan di bawah diberi sebagai alat bantu-sendiri untuk kegunaan anda sendiri. Kami tidak menjamin ketepatan atau keterterapan alat-alat tersebut untuk situasi anda. Anda digalakkan untuk memperolehi nasihat daripada profesional yang berkelayakan berkaitan dengan keperluan kewangan anda.
Kalkulator Pelunasan Pinjaman : Anda boleh guna alat ini untuk mengira bayaran bulanan pinjaman berdasarkan jumlah pinjaman, kadar faedah dan jangka masa pinjaman yang anda masuki. Dengan ini, anda bolehlah meneliti baki prinsipal dari segi bayaran, bayaran keseluruhan dan jumlah faedah yang dibayar.
Kalkulator Banding Pinjaman : Alat kiraan ini boleh membantu anda mencari jumlah pinjaman dan juga cara bayaran yang tersesuai untuk anda. Ia boleh menghitung perbezaan di antara empat jenis pinjaman, termasuk jumlah pinjaman, kadar faedah, jumlah bayaran bulanan, jumlah faedah, dan jumlah bayaran.
Kalkulator Aliran Tunai : Kalkulator tunai ini menunjukkan bagaimana jualan, inventori dan pertumbuhan dalam perniagaan boleh menyerap wang dari perniagaan.
Kalkulator Pulang Modal : Alat ini menunjukkan jumlah wang/hasil yang perlu anda dapati untuk membiayai kos tetap dan kos berubah perniagaan anda.
Kalkulator Margin Untung : Alat ini boleh membantu anda menentukan harga jualan barangan bagi mencapai margin untung yang anda ingini.
Pengubahsuaian terakhir: 06 July 2006 13:28.