.
 

Ministry of Domestic Trade Co-Operatives and Consumerism

Print

Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM)

Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) adalah satu usaha komprehensif Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Salah satu daripada 12 NKEA yang akan dilaksanakan ialah Pemborongan dan Peruncitan.

Di bawah NKEA Pemborongan dan Peruncitan, sebanyak 13 Entry Point Projects (EPPs) telah dikenalpasti yang akan menyumbang sebanyak RM107.8 billion Gross National Income (GNI) dan mewujudkan lebih 370,000 pekerjaan baru sepanjang 10 tahun akan datang. Projek Pemodenan Bengkel Automotif atau ATOM merupakan inisiatif yang telah dicadangkan sendiri oleh pihak industri dalam makmal NKEA bertujuan untuk memoden dan mentransformasikan sektor industri perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan automotif yang bertaburan dan tidak tersusun. Dengan menaik taraf standard sektor ini, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik dan para mekanik / juruteknik boleh memperoleh pendapatan yang lebih tinggi.

Pelaksanaan projek ATOM diharap dapat mencapai aspirasi:

  •  Memperolehi kepercayaan dan pengiktirafan masyarakat untuk sektor industri perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan automotif;
  •  Memajukan tahap pendapatan tenaga kerja daripada berpendapatan rendah ke perten-gahan dan seterusnya profesional yang berpen-dapatan tinggi;
  •  Ketelusan yang tinggi terhadap harga, kemahi-ran dan profesionalisma dalam industri ini; dan
  •  Membangunkan bengkel automotif menjadi pakar dalam perkhidmatan selepas jualan se-lain menyediakan

alt

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:

  • Perniagaan 100% milik tempatan (milik tunggal / perkongsian / Sdn Bhd)
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah untuk mengusahakan bengkel.
  • Pemilik bengkel berumur 23 tahun ke atas dan tidak mele-bihi 60 tahun.
  • Beroperasi di premis tetap (lot kedai) dan berasingan daripada rumah kediaman.
  • Bengkel telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun .
  • Keluasan bengkel tidak melebihi dua pintu kedai atau 2,500 kaki persegi.
  • Mempunyai dua (2) pekerja mekanik bertauliah memiliki sijil kemahiran bidang automotif
  • Rekod yang baik dengan institusi kewangan

PEMBIAYAAN PINJAMAN PROJEK ATOM:
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat)

Skop Pembiayaan:

  • Pengubahsuaian/menaik taraf premis perniagaan;
  • Pembelian mesin atau peralatan Modal kerja
  • Jumlah Pinjaman: RM20,000 hingga RM100,000
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 7 tahun Caj Perkhidmatan: 3% setahun atas baki

BAGAIMANA UNTUK MENYERTAI PROJEK ATOM:
Hubungi pihak Konsultan yang terlibat; atau
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Negeri/Cawangan

SENARAI KONSULTAN

  • Persekutuan Persatuan-Persatuan Pemilik Bengkel Malaysia (FAWOAM)
    -Mr. Daniel Loh Hp 016-459 8465
  • Persatuan Pengusaha Industri Bengkel Malaysia (PPIBM)
    - En. Hasri Hasan Hp 013-399 3868
  • The Malaysian Association Of Tyre Re-treaders & Dealers Societies (MATRDS)
    - Mr. Tan H T Hp 016-226 2912
  • Automobile Association Malaysia (AAM)
    - En. Redzuan Albakri Hp 012-907 1932
  • Automotive Aftersales Industry (M) Sdn Bhd (AAIM)
    - Mr. Cho Chee Seng Hp 012-501 1623 SENARAI

Pegawai yang boleh dihubungi:
i)  Puan Ernie Bt Shamsuddin
    No. Tel: 03-88825773 (Pejabat) / 012-3043675 (Talian bimbit)
    E-mel: ernieshamsuddin@kpdnkk.gov.my

ii) Encik Ahmad Fitri bin Ali
    No. Tel: 03-88826949 (Pejabat) / 014-2662022 (Talian bimbit)
    E-mel: fitri.ali@kpdnkk.gov.my

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan

Pamplet Projek Atom 

Soalan-soalan Lazim Projek ATOM

 
Print
Share

Delicious

 
Best Viewed with resolution of 1024 x 768 (higher) and
supports Internet Explorer 7.0+ , Firefox 2.0+ ,Google Chrome, and Safari
© SME Corporation Malaysia, 2011. All Rights Reserved.
You are visitor no: 881646
Privacy Policy | Security Policy | Disclaimer