Header Font Sizer

A- A A+

Header Color Change

     

Choose your language

Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS)

Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS)

SDRS ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyediakan bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi masalah pembayaran pembiayaan perniagaan dengan institusi kewangan melalui proses penyusunan atau penjadualan semula pembiayaan tersebut.

Matlamat SDRS

  • Sebagai usaha berterusan BNM untuk membantu PKS dalam menangani pembiayaan/pinjaman perniagaan secara efisien dan objektif
  • Membantu PKS yang menghadapi kesukaran kewangan melalui penjadualan atau penyusunan semula kemudahan pembiayaan, untuk menstabilkan aliran tunai perniagaan serta memberi ruang kepada PKS untuk melaksanakan pelan pemulihan perniagaan
  • Skim ini juga berfungsi untuk memastikan institusi kewangan memainkan peranan yang berkesan dalam membantu pemulihan pinjaman/pembiayaan PKS yang menghadapi masalah kewangan

Pembiayaan baharu dibawah SDRS

  • Sekiranya wajar mendapat pembiayaan baharu, ia akan diberikan di bawah skim pembiayaan PKS yang ditubuhkan oleh BNM (iaitu Tabung BNM untuk PKS yang sedia ada);
  • Institusi kewangan peserta akan mendapatkan pengesahan daripada Sekretariat SDRS untuk menentukan skim pembiayaan BNM yang berkenaan bagi pembiayaan baharu yang akan diberikan.

PKS boleh mendapatkan borang SDRS daripada:

  • Institusi Kewangan Peserta (IKP)
  • BNMLINK/ Pejabat BNM
  • Laman sesawang BNM: bnm.gov.my
  • SMEinfo portal: Borang SDRS
  • PKS boleh memohon bantuan SDRS dengan melengkapkan borang permohonan serta dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan terus kepada IKP tersebut atau kepada Sekretariat SDRS.
  • Borang permohonan juga boleh dikemukakan kepada BNMLINK atau Pejabat BNM seluruh negara.
  • IKP yang terlibat akan dikehendaki membuat penilaian dan keputusan mengenai permohonan SDRS dalam jangka masa yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai SDRS, sila layari laman sesawang BNM: www.bnm.gov.my atau hubungi BNM TELELINK: 1300-88-5465
slide1.png
slide2.png

Footer Logo - BM

Lawatan hari ini:

Jumlah lawatan: