Menyelaras PKS ke arah Megatrends dan Revolusi Industri 4.0


Oleh itu, PKS perlu dididik tentang kepentingan menuju ke Industri 4.0 dan bukannya terus berkekalan di dalam perniagaan konvensional. Manfaat dan kelebihan industri yang menuju ke Industri 4.0 adalah peningkatan dari segi fleksibiliti, peningkatan dalam produktiviti, peningkatan dalam kecekapan dan dapat mengurangkan masa dalam sesuatu proses pasaran. Selain itu, lebih banyak aktiviti penyelidikan dan demonstrasi (R&D&D) dan potensi untuk membangunkan kemahiran dan bakat baru dapat dipertingkatkan di peringkat global.
PKS juga perlu peka bahawa Kerajaan sedang merangka rangka kerja kebangsaan mengenai IR 4.0 untuk mempergiatkan lagi industri tersebut. Pada Mei 2017, Ahli Kabinet telah menugaskan MITI, MOSTI dan MOHE untuk menjayakan inisiatif ini. Pasukan Petugas Peringkat Tinggi (HLTF) yang diketuai oleh MITI dengan ahli-ahli dari Kementerian dan Agensi yang berkaitan telah ditubuhkan sejak Mac 2017 untuk menerajui pembangunan Kerajaan ini secara menyeluruh.
Sektor pembuatan di Malaysia secara keseluruhannya adalah berbeza dari segi masa kini terutamanya bagi pengeluaran besar-besaran dan automasi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa industri yang sedang beralih ke arah Industri 4.0. Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK 11) (2016-2020) telah mengenal pasti tiga pemangkin utama iaitu (E&E, M&E dan Kimia) serta dua pertumbuhan baru (Aeroangkasa dan Peralatan Perubatan) sebagai pemacu perubahan untuk sektor perkilangan. Sektor ini akan diberikan fokus utama bersama sektor lain seperti automotif, petrokimia, tekstil dan perkhidmatan.
Di samping itu, Kerajaan juga telah komited dalam mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing terutamanya dalam sektor perkilangan. Pengunaan teknologi baru boleh memastikan syarikat lebih cekap dan produktif selaras dengan trend global masa kini. PKS perlu tahu bahawa pengambilan pekerja buruh tidak dapat menyelesaikan masalah bagi jangka masa panjang dan keberangkalian dalam melakukan kesalahan oleh pekerja asing dapat mengurangkan kualiti produk yang dihasilkan. Oleh itu, penerapan Industri 4.0 dalam sesuatu perniagaan itu akan dapat meningkatkan kecekapan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kecacatan pada sesuatu hasil produk.
Oleh itu, PKS tidak perlu risau untuk memulakan transformasi digital kerana trend global telah menunjukkan syarikat-syarikat yang yang telah beralih kepada penggunaan teknologi mempunyai kelebihan dan peluang yang lebih tinggi untuk kekal relevan dan berjaya dalam perniagaan terutamanya bagi jangka masa yang panjang.
Sumber: Laman web MITI dan kaji selidik SME Corp. Malaysia 2017
