Memahami Percukaian
Akta Percukaian 1967
Tahun Taksiran


Pendapatan Bercukai
Umumnya, pembayar cukai perlu membayar cukai untuk setiap perolehan termasuk pendapatan daripada:
- Perniagaan atau Profesion
- Pekerjaan
- Dividen
- Faedah
- Diskaun
- Sewa
- Royalti
- Premium
- Pencen
- Anuiti
- Lain-lain
Oleh itu, setiap perolehan atau keuntungan yang diperoleh daripada sesuatu perniagaan akan dikenakan cukai.


Pengiraan Cukai
Dalam pengiraan pendapatan untuk percukaian, Seksyen 5 dalam Akta Percukaian telah menggariskan panduan skop pendapatan bercukai, berdasarkan tempoh, penentuan pendapatan kasar, pelarasan pendapatan, pendapatan berkanun, pendapatan agregat dan jumlah pendapatan minimum untuk dicukaikan.
Pendapatan Kasar termasuk:
b) Semua hutang yang ditanggung daripada jualan barangan dan perkhidmatan
yang disediakan.
c) Terimaan dalam bentuk hadiah.
d) Pemulihan hutang lapuk.
e) Pampasan insurans yang diterima atas kerugian perniagaan.
f) Pengeluaran stok perniagaan atau stok untuk kegunaan peribadi.
Pelarasan Pendapatan daripada Sumber Perniagaan dikira daripada pendapatan kasar setelah ditolak perbelanjaan perniagaan seperti:
b) Perbelanjaan tertentu yang dibenarkan.
c) Perbelanjaan potongan dua kali yang dibenarkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Perbelanjaan perniagaan perlu memenuhi semua syarat berikut untuk menjamin potongan pendapatan kasar adalah daripada sumber perniagaan:
b) Skop perbelanjaan adalah merujuk kepada ‘wang keluar dan perbelanjaan’
c) Perbelanjaan yang ‘menyeluruh dan eksklusif’
d) Pendapatan kasar yang diperoleh daripada sumber perniagaan
Contoh:
Pemotongan Khas (Perbelanjaan Khusus)
- Perbelanjaan yang terlibat dalam menyediakan kemudahan untuk pekerja dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).
- Perbelanjaan yang terlibat dalam penerbitan ke dalam Bahasa Kebangsaan.
- Derma kepada perpustakaan.
- Perbelanjaan yang terlibat untuk menyediakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada projek amal dan komuniti.
- Perbelanjaan yang terlibat untuk menyediakan kemudakan dan penyelenggaraan pusat jagaan kanak-kanak bagi pekerja.
- Perbelanjaan yang terlibat untuk menubuhkan dan menguruskan kumpulan muzik atau kebudayaan.
- Perbelanjaan yang terlibat untuk menaja mana-mana acara kebudayaan dan
kesenian.
Pemotongan Dua Kali
tahun taksiran berkenaan.
Elaun Modal
- Contoh aset yang digunakan dalam perniagaan adalah kenderaan bermotor, mesin, peralatan pejabat, perabot dan komputer.
- Syarat-syarat untuk menuntut elaun modal adalah:
- Menjalankan perniagaan
- Pembelian aset perniagaan
- Aset yang digunakan dalam perniagaan
- Pemilik aset
- Kadar ditentukan mengikut jenis aset.
- Jenis dan kadar elaun modal adalah seperti berikut:

Derma Yang Diluluskan
Derma yang diluluskan adalah derma yang termaktub di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Hadiah wang kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan atau institusi atau organisasi yang diluluskan hendaklah diberi potongan daripada jumlah pendapatan. Jumlah derma kepada insititusi atau organisasi yang diluluskan adalah terhad kepada 10% pendapatan agregat tahunan syarikat.
Contoh format pengiraan cukai adalah seperti berikut:

Kadar Cukai Syarikat
bukan pemastautin. Bermula Tahun Taksiran 2016, kadar cukai yang dikenakan
adalah 24% manakala syarikat bersaiz kecil dengan modal berbayar tidak melebihi
RM2.5 juta dikenakan cukai seperti berikut:



Kadar Cukai Pemilikan Tunggal Atau Perkongsian
Dalam peniagaan pemilikan tunggal, pendapatan bercukai perniagaannya adalah pendapatan individu. Manakala, pendapatan bercukai bagi perniagaan perkongsian dibahagi sama rata antara rakan kongsi dan individu. Setiap individu, pemilik tunggal atau rakan kongsi boleh menerima hak pelepasan.
Pelepasan adalah seperti yang berikut:

Jumlah pelepasan yang dikenal pasti akan ditolak daripada jumlah pendapatan/ pendapatan bercukai daripada perniagaan. Pengiraan cukai yang dikenakan berdasarkan kadar cukai berikut:

Rebat Cukai
dua jenis rebat cukai iaitu:

Kategori Cukai Di Malaysia
Cukai tidak langsung ialah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas barangan yang dibeli atau perkhidmatan yang digunakan, dan dibayar secara tidak langsung kepada pihak kerajaan. Agensi kerajaan yang terlibat dalam menguruskan cukai ini ialah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
CUKAI JUALAN & PERKHIDMATAN (SST)



