KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu mengalu-alukan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan amanat Tahun Baharu 2026 mengenai dana tambahan tersebut dan pengenalan skim jaminan pembiayaan.
“Setakat ini, BNM berjaya menyediakan pembiayaan konsesi sebanyak RM32.4 bilion untuk menyokong akses pembiayaan PKS menerusi institusi kewangan peserta, terutamanya perusahaan mikro dan kecil yang berdepan dengan kekangan pembiayaan.