KUANTAN, 8 Januari– Pengumuman kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai perkhidmatan ke atas sewaan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kepada 6 peratus daripada 8 peratus Isnin lalu, disambut baik usahawan di Pahang.
Bagi mereka, inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat tepat dan bersasar kepada usahawan kecil, terutama bagi mereka yang baharu bertapak dalam bidang itu.