KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia kekal kukuh pada 2018 ketika sektor itu bersedia untuk menghadapi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0), dengan sokongan yang kuat dan menggalakkan daripada kerajaan. Walaupun prestasi sektor itu turut terjejas oleh ketidaktentuan global yang menyebabkan penyusutan ringgit dan seterusnya peningkatan kos perniagaan, keadaan itu dilihat sebagai sementara.