Home Events Program Latihan Wanita Netpreneur

Date

Oct 14 2021
Expired!

Time

9:30 am - 5:00 pm

Program Latihan Wanita Netpreneur

Tarikh: 14 Oktober 2021, Khamis
Masa: 9:30 pagi – 5:00 petang
Lokasi: SIARAN LANGSUNG melalui Zoom

Jom sertai Program Latihan Wanita Netpreneur yang dibawakan khas oleh Gorgeous Geeks dengan sokongan daripada SME Corp. Malaysia.
Melalui program ini, anda akan didedahkan dengan cara menggunakan platform “perdagangan sosial” dan “penjualan langsung” untuk mengubah minat bakal pelanggan anda kepada penjualan.
Ketahui juga cara mudah dengan mengunakan sistem automasi bagi proses pengiklanan dan pembungkusan dalam talian yang efektif serta menjimatkan wang dan masa anda!

Modul # 1:
Automasikan Proses Penghantaran Anda dan Tingkatkan Pembelian Ulangan dari EasyParcel
– Ketahui bagaimana EasyParcel dapat membantu anda meningkatkan penjualan dengan pelanggan yang sedia ada.

Modul # 2:
Bagaimana Perdagangan Sosial Dapat Membantu Perniagaan Anda Berkembang dengan AVANA
– Mengembangkan perniagaan dalam talian anda secara mudah dengan menggunakan platform perdagangan sosial.


Modul # 3:
Menjual di Facebook Live secara Pro – Cara Mengubah Penglibatan Anda ke Penjualan menggunakan Nuffnang Live Commerce
– Ketahui bagaimana untuk membuat ‘Live Show’ yang menyeronokkan dan menarik perhatian pelanggan, dan juga cara untuk membuat jualan langsung seperti seorang pro!


Modul # 4:
Cara Meningkatkan Jualan Dalam Talian Anda Menggunakan Iklan Facebook dan Google dengan Peasy
– Ketahui cara menggunakan “sistem yang terbukti” untuk automasikan iklan media sosial anda dalam tiga langkah mudah untuk mengembangkan perniagaan anda.


RSVP: https://bit.ly/3zyZbTy
Layari laman web www.gorgeousgeeks.net untuk maklumat lanjut.