PENAMPANG: Orang ramai khususnya usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Sabah kini boleh mengakses maklumat terkini berkaitan keusahawanan dan perniagaan secara fizikal dengan lebih mudah.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Hab PMKS merupakan pusat maklumat sehenti bagi PMKS untuk memperoleh pengetahuan mengenai perniagaan.
Selain itu katanya, ia juga pusat mempelajari amalan terbaik perniagaan serta mendapatkan maklumat penting mengenai permulaan perniagaan, akses kepada pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, perkembangan terkini industri dan pelbagai aspek perniagaan yang lain.
Related Posts
IPOH, 11 Januari– Keputusan kerajaan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois tanpa penalti selama setahun...
KUALA LUMPUR, 10 Januari -Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disaran memberi tumpuan kepada pengurusan kos...