A A A

Rancangan Kewangan Anda

Perbelanjaan Operasi Dan Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan Yang Tidak Berulang

Lazimnya terdapat 4 jenis perbelanjaan yang tidak berulang dalam perniagaan:

    1. Kos berkaitan untuk menubuhkan entiti perniagaan
      1. Perniagaan / PLT / Pendaftaran syarikat
      2. Yuran profesional
      3. Lain-lain pendaftaran
    2. Kos berkaitan untuk menyediakan premis / lokasi perniagaan
      1. Deposit sewaan
      2. Deposit utiliti air dan elektrik
      3. Deposit pemasangan telefon dan internet
      4. Pembaikan premis
      5. Pengubahsuaian premis
    3. Kos berkaitan aset tetap dan peralatan perniagaan
      1. Mesin
      2. Komputer
      3. Perabut dan kelengkapan
      4. Kenderaan bermotor
      5. Peralatan pejabat
    4.  Pemasaran dan Promosi
      1. Profil syarikat
      2. Brosur produk / perkhidmatan
      3. Kad perniagaan
      4. Bahan pengiklanan

Perbelanjaan Operasi Dan Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan operasi adalah kos yang terlibat untuk mengendalikan operasi perniagaan anda manakala modal kerja ialah untuk pengembangan perniagaan. Jumlah kos yang diperlukan bergantung kepada ramalan pendapatan yang diperoleh daripada produk / perkhidmatan anda dalam tempoh tertentu sebagai contoh 6 bulan atau 1 tahun.

Contoh kos lain adalah:

  • Stok / inventori
  • Gaji
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Ketahui lebih lanjut tentang KWSP. Sila Klik pautan yang disediakan untuk maklumat.

    1. Majikan
    2. Daftar Online
    3. Panduan Pendaftaran
    4. Caruman Wajib
    5. Pematuhan
  • Sewaan Pejabat / kedai
  • Bil air dan elektrik
  • Bil telefon dan internet
  • Percetakan dan alat tulis
  • Perbelanjaan pejabat
  • Pengangkutan
  • Petrol, tol dan parkir
  • Pembaikan dan penyelenggaraan
  • Promosi bulanan
  • Lain-lain
  1.  

Mari Buat Kira-Kira:

ABC Enterprise ialah sebuah syarikat yang baru memulakan perniagaan percetakan. Berikut merupakan Kos Perlaburan Perniagaan atau Bajet syarikat tersebut selama 6 bulan:

Daripada Jadual di atas, kita dapat lihat bahawa ABC Enterprise memerlukan sebanyak RM74,232 untuk Kos Pelaburan Perniagaan yang meliputi bajet untuk 6 bulan yang pertama.

Maklumat di atas betul pada 14 Oktober 2021.