Menjalankan Perniagaan Trak Makanan

Bagaimana Menjalankan Perniagaan Trak Makanan Di Malaysia
GOING INTO FOODTRUCK BUSINESS bm
Langkah 1

Asas Untuk Memulakan Perniagaan

Sepertimana perniagaan lain, modal perniagaan adalah aspek paling asas kerana ia menentukan saiz dan kapasiti perniagaan tersebut. Walaubagaimanapun, persiapan perniagaan trak makanan tidak seperti persiapan sebuah perniagaan kedai runcit atau kafe.

Kosnya lebih murah dan lebih cepat untuk dimulakan. Anda hanya memerlukan sebuah kenderaan dan mengenal pasti lokasi yang terbaik untuk menjalankan perniagaan ini. Dianggarkan bahawa purata jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini adalah di antara RM15,000 – RM20,000.

Jika dibandingkan dengan kedai makan, anda tidak perlu memikirkan tentang kos yang tinggi untuk menyediakan tempat seperti pembelian kedai, sewaan dan pengubahsuaian.

Kos pemulaan yang rendah juga amat mudah kerana anda boleh mengunakan wang simpanan sendiri atau membuat pinjaman daripada ahli keluarga atau kenalan. Kaedah alternatif yang lain untuk mendapatkan pembiayaan ini juga adalah melalui pinjaman bank atau program kewangan yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan. Purata pecahan kos untuk memulakan perniagaan trak makanan adalah seperti berikut:

Langkah 2

Trak Makanan

Terdapat beberapa jenis kenderaan yang boleh diubahsuai untuk dijadikan trak makanan seperti lori, bas, van, kereta, trak dan motorsikal.

    1. Kenderaan Trak
      Kenal pasti saiz, jenis dan kapasiti kenderaan tersebut dengan bajet dan jenis perniagaan anda. Jenis kenderaan berbeza mempunyai kualiti dan kos yang berbeza.
    2. Merekabentuk Trak
      Rancang untuk merekabentuk trak mengikut keperluan perniagaan anda, sebagai contoh ruangan untuk meletakkan peti sejuk, dapur dan peralatan lain, serta ruangan yang mencukupi untuk penyediaan makanan, kaunter hidangan dan sebagainya.
      Anda boleh memilih jenis badan trak sama ada besi atau fiber. Badan trak jenis fiber adalah disarankan kerana lebih tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan. Pemilik trak makanan hendaklah memantau kerja-kerja pengubahsuaian trak untuk memastikan rekabentuk adalah mengikut spesifikasi yang telah dicadangkan.
    3. Rekabentuk Dalaman dan Luaran Trak
      Rekabentuk bahagian dalaman trak bergantung kepada bajet yang anda ada. Pastikan rekabentuk mengambilkira ciri keselamatan dan ianya praktikal untuk digunakan. Bahagian grafik yang dicat pada badan trak mestilah mengandungi unsur untuk mempromosi produk anda. Anda boleh menggunakan pelekat, pembalut atau pen marker untuk dekorasi selagi ia menepati lingkungan kos dan perniagaan anda supaya kelihatan kreatif, mudah dan cantik.
    4. Bekalan Kuasa (Generator)
      Anda disarankan untuk menggunakan gas memasak untuk memasak di atas trak berbanding menggunakan generator. Kebiasaannya generator digunakan untuk menyalurkan tenaga elektrik bagi kegunaan lampu, mesin, peti sejuk, mesin pembancuh kopi, mesin menggoreng dan ketuhar.
    5. Kelulusan Pihak Berkuasa
      Kelulusan daripada JPJ and PUSPAKOM adalah penting untuk menjalankan perniagaan trak makanan ini. Proses ini akan mengambil masa di antara 3-4 bulan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa. Selain itu juga, anda perlu mendapatkan lesen / permit daripada pihak berkuasa tempatan di kawasan yang anda berhasrat untuk berniaga kelak.
Langkah 3

Menu

Jenis makanan yang ditawarkan bukan sahaja mampu menjadi tarikan kepada pelanggan, malahan ia juga akan menentukan rekabentuk trak makanan serta peralatan yang diperlukan. Anda juga disarankan untuk tidak menjual produk yang sama dengan pemilik trak makanan yang berniaga berhampiran anda bagi mengurangkan persaingan.

Pelanggan akan memilih menu yang ditawarkan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

    1. Rasa makanan
    2. Harga
    3. Kuantiti
    4. Tempoh masa penyediaan makanan
    5. Publisiti
    6. Keunikan
Langkah 4

Bahan Mentah

Terdapat dua kategori bahan mentah iaitu bahan mentah kering dan bahan mentah basah. Bagi keperluan perniagaan, anda perlu memastikan kos bahan mentah dan tempoh kesegaran bahan tersebut. Anda bukan sahaja perlu memastikan kesegaran produk makanan yang bakal dijual, malahan perlu mengambilkira keadaan kualiti produk makanan supaya tidak melebihi tarikh luput.

Selain daripada bahan mentah, perkakasan seperti sudu, garfu, bekas makanan, penyedut minuman, cawan, tisu dan plastik juga perlu diambilkira. Simpan segala perkakasan ini di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik bagi mengelakkan pendedahan kepada serangga perosak.

Langkah 5

Tenaga Kerja

Trak makanan kebiasaannya dikendalikan oleh 3 orang operator – untuk menerima pesanan dan pembayaran, penyediaan makanan dan pembungkusan. Anda perlu memastikan bahawa anda dan pekerja tahu dan faham tentang keselamatan dan kebersihan dalam penyediaan makanan dengan menghadiri kursus dan latihan yang bersesuaian bagi keperluan ini. Anda juga hendaklah memastikan suntikan imunisasi telah diambil (Hepatitis and tifoid) bagi setiap pekerja yang terlibat dalam penyediaan makanan.

Langkah 6

Cap Dagangan

Cap dagangan adalah penting kerana ianya hak ekslusif dan bukti perundangan pemiliknya. Usahawan mempunyai hak ekslusif untuk menggunakan cap tanda dagangan sendiri untuk perniagaan mereka, dan boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Undang-Undang Cap Dagangan ke atas usahawan lain yang menggunakannya tanpa kebenaran.

Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo?
Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo?
TERIMA KASIH!
KERANA MENGHANTAR MAKLUMBALAS ANDA!
terima kasih!
kerana menghantar maklumbalas anda!
11 Inisiatif SSM 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk Membantu Komuniti Perniagaan
Pengumuman Terkini!
11 Inisiatif SSM 2021 semasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk Membantu Komuniti Perniagaan
Pengumuman Terkini!