Seni Pemasaran

  1. Dapatkan perhatian prospek melalui kaedah pemasaran.
  2. Bina minat prospek menggunakan pendekatan emosi supaya dapat mempengaruhi mereka membuat pembelian tersebut serta berasa puas hati menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut.
  3. Bina keinginan prospek dengan cara menunjukkan ciri-ciri keistimewaan produk anda serta memberi sampel atau memberi peluang mereka merasai pengalaman mencubanya.
  4. Tingkatkan keinginan pelanggan terhadap produk anda dengan keyakinan atau membuktikan bahawa produk anda adalah berbaloi jika dibandingkan dengan pesaing lain. Testimoni daripada pengguna yang berpuas hati boleh membantu untuk mencapai matlamat ini.
  5. Akhiri jualan dengan cara menggalakkan prospek untuk membuat tindakan atau pembelian serta-merta. Jawab sebarang bantahan dengan penerangan yang mengagumkan. Berikut merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk mengakhiri jualan:
    1. Akhiri secara langsung dengan mendapatkan tempahan.
    2. Akhiri secara konsensi dengan memberikan jaminan kepada prospek bahawa pembelian mereka adalah pilihan yang bijak, atau menjimatkan atau pembelian tersebut adalah berbaloi.
    3. Akhiri menggunakan desakan tempoh masa, iaitu dengan membuat kenyataan seperti: “Barang ini akan dijual dengan harga asal mulai minggu hadapan, diskaun akan diberikan sekiranya Tuan membuat pembelian hari ini.”,
    4. Tawarkan tempoh percubaan kepada prospek untuk menggunakan produk tersebut dengan tiada risiko dalam tempoh percubaan atau beri jaminan pulangan wang.

Maklumat di atas betul pada 13 Februari 2018.

Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo?
Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo?
TERIMA KASIH!
KERANA MENGHANTAR MAKLUMBALAS ANDA!
terima kasih!
kerana menghantar maklumbalas anda!
SME Revitalisation Financing
Pengumuman Terkini!
SME Revitalisation FInancing
Pengumuman Terkini!