BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN LANGKAH
Panduan Langkah Demi Langkah
Komponen dalam Pelan Perniagaan: Panduan Langkah Demi Langkah

1. Pernyataan Misi dan/atau Visi
Pernyataan Misi dan/atau Visi yang anda mahu cipta. Soalan-soalan yang boleh digunakan untuk membantu melengkapkan Misi dan Visi adalah seperti berikut:
- Siapakah pelanggan anda?
- Apakah jenis perniagaan anda?
- Apakah yang anda jual (Produk / Perkhidmatan)?
- Apakah perancangan untuk mengembangkan perniagaan anda?
- Apakah kelebihan utama perniagaan anda?

8. Menyediakan Penyata Aliran Tunai
Menyediakan Penyata Aliran Tunai untuk mengenal pasti keperluan semasa dan masa hadapan kewangan anda. Penyata Aliran Tunai juga membantu anda melihat impak aliran tunai kepada perkembangan syarikat.

2. Penerangan Syarikat
Penerangan tentang syarikat dan produk atau perkhidmatan anda

5. Penerangan Pasukan

9. Unjuran Kewangan
Keperluan pembiayaan, penyata imbangan, ramalan jualan, nisbah perniagaan dan analisa modal-pulangan.

3. Penerangan Keunikan
Penerangan tentang keunikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

6. Pelan Pemasaran
Bagaimana anda merancang untuk memasarkan produk atau perkhidmatan anda?

10. Ringkasan / kesimpulan
Ringkasan / kesimpulan yang merangkumkan semua maklumat (bahagian ini juga boleh dijadikan sebagai Ringkasan Eksekutif dan diletakkan di bahagian hadapan dokumen Pelan Perniagaan).

4. Analisa Pasaran

7. Analisa Syarikat
Analisa syarikat anda dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman untuk memastikan bahawa perniagaan anda adalah realistik dan telah mengenal pasti peluang dan cabaran.

Promosi
Promosi ialah aktiviti yang berkesan untuk memastikan jenama anda dikenali oleh kumpulan sasaran. Anda boleh bermula menggunakan kaedah pemasaran atas talian, sebagai contoh FB Fan Page, di mana anda menyiarkan (post) maklumat syarikat, produk dan perkhidmatan anda.
Ini kerana, kebanyakan pemasaran atas talian adalah percuma dan anda boleh memberi maklum balas kepada pertanyaan pelanggan dengan lebih pantas. Pengiklanan boleh memberi kesan besar kepada perniagaan dan mengukuhkan jenama anda.

Menetapkan Harga Jualan:
Jika jumlah kos pengeluaran adalah rendah, anda boleh menggunakan kaedah harga skimming iaitu dengan menetapkan harga produk atau perkhidmatan yang lebih tinggi pada permulaan dan kemudian menurunkan harga tersebut dalam satu tempoh masa tertentu.