A A A
Program Kementerian Usahawan dan Koperasi & Agensi

UDA Holdings Berhad (UDA)

Objektif Program

  • Program insentif sewaan dan tapak sementara bagi menyokong kemasukan, penyertaan dan kelangsungan usahawan Bumiputera di premis perniagaan UDA. Program ini juga merangkumi penyertaan program lain secara kolaborasi dengan KUSKOP dan agensi-agensi yang melibatkan sokongan lot niaga, reruai, karnival dan ekspo.

Info Program

Program Insentif Usahawan UDA (PIUU)

Objektif Program

  • MARI Mart merupakan platform pemasaran berkonsepkan kedai serbaneka yang mengumpul, mempromosi dan mamasarkan produk PMKS Bumiputera. Inisiatif ini menyediakan akses pasaran kepada vendor baharu melalui penambahbaikan produk, penjenamaan asas dan fasilitasi vendor di premis MARI Mart.

Info Program

UDA One Stop Retail Centre (MARI Mart)

Objektif Program

  • KIRANA ialah hab pemasaran produk seni dan kraftangan Bumiputera berasaskan konsep SDSI (Satu Daerah/Negeri Satu Industri). Inisiatif ini menyediakan ruang pameran, penjenamaan, dan saluran pemasaran strategik melalui fasilitasi vendor serta pemilihan produk kraf.

Info Program

UDA Craft Corner (KIRANA)

Objektif Program

  • Penyediaan ruang niaga di hab strategik dan program insentif sewaan bagi menyokong kemasukan, penyertaan dan kelangsungan usahawan Bumiputera.

Info Program

Malaysia Entrepreneur Hub (MEH)

 

Objektif Program

  • Menyasarkan pemilikan Hartanah atau/dan penyewaan ruang niaga melalui intervensi rebat/diskaun bagi menyokong pemilikan hartanah UDA oleh pembeli Bumiputera yang layak menerima bantuan

Info Program

Program Pemerkasaan Hartanah Bumiputera UDA

Objektif Program

  • Program penyertaan usahawan Bumiputera dalam rantaian bekalan UDA melalui peluang perniagaan sebenar seperti kontrak, PO, perkhidmatan, konsultansi & penyelenggaraan.

Info Program

Peluang Perniagaan Kontraktor/Vendor/Perunding Bumiputera UDA (PB-KVP UDA)