A A A
Berita

RM9.8 bilion perluas permohonan mikro kredit kepada penjaja kecil – Chin Tong

PUCHONG: Kerajaan memperuntukkan dana pembiayaan RM9.8 bilion menerusi enam institusi kewangan utama bagi memperluas dan mempermudah akses mikro kredit kepada penjaja serta usahawan kecil di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata peruntukan besar oleh kerajaan ini bertujuan memastikan golongan peniaga kecil tidak tercicir daripada menerima bantuan modal yang mampan untuk mengembangkan operasi perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program ‘Mikro Kredit Turun Padang’ siri ke-4 di Pasar Tani Dataran Puchong Permai, di sini, hari ini.

Baca lagi…