PUTRAJAYA, 17 Jun – Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi Melaka dijadual berlangsung di Morten Walk, Melaka dari 19 hingga 21 Jun ini dengan sasaran kehadiran melebihi 50,000 pengunjung.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, penganjuran edisi kedua itu merupakan antara inisiatif strategik kementerian dalam memperkukuh budaya keusahawanan serta memperluas akses pasaran bagi usahawan tempatan.
Menurut beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, tema “Jom Singgah SDSI” (Satu Daerah Satu Industri) dipilih bagi mengetengahkan potensi produk tempatan di samping membuka peluang jaringan perniagaan lebih luas.
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Sebanyak RM140 juta pembiayaan di bawah Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India...
BAU, – Agensi pembiayaan dan pembangunan usahawan diminta supaya lebih giat turun padang bagi mengenal...