A A A
Berita

1,204 PMKS manfaat Program SINAR setakat September

KUALA LUMPUR, – Seramai 1,204 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapat manfaat menerusi pelaksanaan Program Sokongan Industri dan Perniagaan Malaysia (SINAR) setakat 30 September lalu.

Program bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi SME Corp Malaysia itu diumumkan pada Jun lalu dengan peruntukan RM205 juta bagi menyediakan akses pembiayaan serta sokongan perniagaan tambahan kepada PMKS yang memerlukan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, antara inisiatifnya ialah Skim Pembiayaan Mudah untuk PKS dengan peruntukan RM30 juta.

Menerusi skim berkenaan, pembiayaan berjumlah RM7.12 juta diluluskan kepada lapan PMKS setakat ini.

“Bagi program kedua, Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS atau Business Accelerator Programme, peruntukan sebanyak RM20 juta disediakan dan kelulusan pembiayaan berjumlah RM8.88 juta diberikan kepada 18 PMKS setakat ini.

Baca lagi…