A A A
Berita

Karnival HPM 2026 Sabah sasar 50,000 pengunjung

KUALA LUMPUR, – Kira-kira 50,000 orang disasar mengunjungi Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 Edisi Sabah yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober ini.

Karnival edisi keempat anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) itu bertujuan memperkukuh ekosistem keusahawanan, khususnya dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, inisiatif berkenaan dirangka bagi membantu usahawan mikro tempatan meningkatkan kapasiti perniagaan agar mampu berkembang ke skala kecil dan sederhana.

“Kita ada tiga objektif utama iaitu memberi pendedahan maklumat pembiayaan seluas-luasnya, memperkasakan PMKS dan koperasi, serta menggalakkan usahawan mendepani pendigitalan.

“KUSKOP menyediakan pelbagai inisiatif untuk memastikan usahawan kita tidak kekal di tahap mikro, sebaliknya berupaya berkembang ke skala lebih besar,” katanya.

Baca lagi…