PENAMATAN
Garis Panduan Penamatan Perniagaan
Prosedur Penamatan Perniagaan
-
- Mengisi Notis Penamatan bagi Pendaftaran Perniagaan (BORANG C).
- Setiap pemilik perniagaan dan rakan kongsi mesti menandatangani borang yang telah dilengkapkan.
- Orang yang berkenaan mestilah menyerahkan permohonan terbabit di kaunter atau secara online melalui CCM e-Lodgement yang terdapat di dalam laman web SSM (http://www.ssm.com.my/)
- Dokumen yang diperlukan bersama adalah seperti berikut:
- Sijil Pendaftaran Perniagaan
- Salinan kad pengenalan pemilik dan/atau rakan kongsi
- Salinan sijil kematian sekiranya berlaku penamatan atas kematian pemilik atau rakan kongsi/sekutu
- Salinan perintah mahkamah sekiranya penamatan itu diarahkan oleh mahkamah
- Dokumen yang berkaitan sekiranya pemilik sudah bangkrap
Yuran Pendaftaran
-
- Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar – Tiada bayaran
- Cetakan Maklumat Perniagaan – RM 10.00
Garis Panduan Am
-
- Penamatan Perniagaan untuk didaftarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan perniagaan.
- Perniagaan berdaftar yang belum luput dibenarkan untuk menyerahkan Notis Penamatan Perniagaan Berdaftar.
- Menghantar Pemberitahuan akibat kematian dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh kematian.
- Surat Pengesahan pada perniagaan yang telah tamat tempoh boleh diminta dari SSM dengan pembayaran RM10.00.
- Keputusan permohonan boleh diperoleh dalam masa lima belas (15) minit dari masa penyerahan dibuat
- Mana-mana orang yang menjadi orang yang bertanggungjawab bagi perniagaannya atau wakil diri atau orang terdekat atau baki rakan kongsi gagal memfailkan notis penamatan jika suatu perniagaan telah ditamatkan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya.