KUALA LUMPUR, – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta yang mahu memohon pengecualian daripada pelaksanaan kadar gaji minimum baharu di bawah Belanjawan 2027 digesa mendapatkan sijil perakuan status PMKS daripada SME Corp. Malaysia.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, setiap permohonan dikenakan bayaran RM100, namun diskaun 50 peratus diberikan sehingga 31 Disember ini.
Jelas beliau, sijil berkenaan juga dapat memudahkan urusan PMKS untuk mendapatkan kemudahan serta program sokongan kerajaan.
“Sijil ini bukan hanya menjadi perakuan bagi tujuan pengecualian daripada pelaksanaan gaji minimum, tetapi turut memberi manfaat untuk urusan seterusnya.
“Jika mahu memohon dana pembiayaan daripada bank sekalipun, pihak bank akan melihat status dan sijil berkenaan,” katanya kepada RTM.