INSTITUSI SOKONGAN PKS

Hab PKS

Kami Bersedia Membantu

Hab PKS (dahulunya dikenali sebagai One Referral Centre (ORC)) bermatlamat untuk memperkasakan PKS dengan maklumat serta pengetahuan yang terperinci dalam pembangunan PKS. Sebelum ini, kaedah mendapatkan maklumat tentang keusahawanan adalah terhad. Dengan adanya Hab PKS, PKS boleh mengakses maklumat yang relevan dalam talian dan di luar talian. Di samping itu, untuk memastikan inisiatif ini meliputi PKS di kawasan luar bandar, SME Hub-On Wheels telah dibangunkan untuk membantu menyediakan khidmat nasihat perniagaan kepada PKS yang terletak di kawasan luar bandar.

Maklumat yang disalurkan dalam inisiatif ini tidak terhad kepada program-program yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia, malah meliputi organisasi serta Agensi Kerajaan lain seperti SSM, MARA, BNM, Telekom Malaysia dan Pos Malaysia.

Hab PKS merupakan platform untuk PKS dan para usahawan untuk mendapatkan maklumat, mempelajari amalan terbaik perniagaan dan mendapatkan maklumat penting mengenai permulaan perniagaan, akses pasaran, pembangunan modal insan, sumber kewangan, pengetahuan industri serta pelbagai aspek perniagaan lain.

Senarai perkhidmatan yang disediakan di Hab PKS merangkumi:

    • Perkhidmatan Khidmat Nasihat Perniagaan
    • Pautan Hab PKS (kerjasama dengan Agensi Kerajaan dan organisasi lain)
    • Pocket Talks
    • Pusat Maklumat (Info Mail, info line)
    • Pusat Sumber
    • Galeri produk PKS
    • Virtual SME Hub (laman web SME Corp. Malaysia, SME Info Portal)
Kunjungi Kami Di
Waktu Operasi
Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo?
Apakah pendapat anda mengenai Portal SMEinfo?
TERIMA KASIH!
KERANA MENGHANTAR MAKLUMBALAS ANDA!
terima kasih!
kerana menghantar maklumbalas anda!
SME Revitalisation Financing
Pengumuman Terkini!
SME Revitalisation FInancing
Pengumuman Terkini!