KUALA LUMPUR, 10 Februari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional dan SME Corp. Malaysia mengumumkan dua program pembiayaan khas bagi memperkukuh akses pembiayaan kepada usahawan mikro di seluruh negara, menjelang sambutan dua perayaan utama. 

Program pembiayaan itu merangkumi Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) berjumlah RM50 juta sempena kehadiran bulan Ramadan oleh TEKUN serta Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) bernilai RM30 juta sempena Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan oleh SME Corp.