KUALA LUMPUR, 10 Februari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional dan SME Corp. Malaysia mengumumkan dua program pembiayaan khas bagi memperkukuh akses pembiayaan kepada usahawan mikro di seluruh negara, menjelang sambutan dua perayaan utama.
Program pembiayaan itu merangkumi Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) berjumlah RM50 juta sempena kehadiran bulan Ramadan oleh TEKUN serta Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) bernilai RM30 juta sempena Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan oleh SME Corp.
Related Posts
Nilai jualan keseluruhan berjumlah RM66.88 juta dan kerjasama bernilai RM10.35 bilion menerusi 97 memorandum...
Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bukan sahaja berjaya menarik minat...