Program SME Corp. Malaysia
- Home
- Program Pembangunan PMKS
- Ringkasan SMEIPA 2026
- Program SME Corp. Malaysia
Program Kementerian Usahawan dan Koperasi & Agensi
SME Corporation Malaysia (SME CORP.)
Objektif Program
- Mengiktiraf perniagaan yang mengamalkan model perniagaan inklusif
- Menggalakkan penyertaan ekonomi yang inklusif dan mampan
- Menyokong agenda pembangunan sosioekonomi negara
- Menjadi asas kepada pemberian sokongan dan insentif strategik
Info Program
Objektif Program
- Program ini bertujuan untuk meningkatkan ketersediaan PKS untuk memperolehi akses kepada pasaran modal melalui penyenaraian di Bursa Malaysia. Program ini merangkumi inisiatif pembiayaan serta pembangunan kapasiti dan keupayaan PKS bagi mengurangkan kos serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan PKS yang berpotensi tinggi bagi pasaran modal.
Info Program
Objektif Program
- Meningkatkan keupayaan, kecekapan dan daya saing syarikat bagi memperkukuhkan operasi dan rantaian nilai/bekalan menerusi model Perniagaan Inklusif
Info Program
Objektif Program
- Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.
- Objektif utama program ini adalah untuk:
- Memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
- Anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
- Membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri
Info Program
Objektif Program
- Program bertujuan meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menskalakan perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil.
Info Program
Objektif Program
- Memperkukuh akses kepada pembiayaan berdasarkan model alternatif dan swasta bagi penskalaan PKS dalam industri terpilih menerusi dua tawaran utama iaitu pinjaman dan pelaburan.
Info Program
Objektif Program
- Program PKSlestari bertujuan memperkukuh keupayaan dan mempercepatkan penerapan ESG dalam kalangan PKS, selaras dengan usaha memastikan kelangsungan perniagaan, meningkatkan daya saing serta membina perniagaan yang lestari di pasaran domestik dan global.
- Program ini menawarkan pinjaman mudah dengan rebat sehingga 30% antaranya untuk peralatan cekap tenaga, pensijilan, pembungkusan hijau serta audit karbon.
- Program ini juga menyediakan inisiatif pembangunan kapasiti & keupayaan PKS melalui seminar, bengkel serta bimbingan dan latihan berstruktur bagi memperkukuh prestasi, pelaporan ESG dan ketersediaan kelestarian dalam rantaian bekalan korporat dan global.
Info Program