KUALA LUMPUR: Usaha berterusan perlu dipergiat bagi mengurangkan kos pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya ketika sektor itu berdepan peningkatan kos operasi susulan ketidaktentuan geopolitik dan geoekonomi akibat konflik di Asia Barat.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim berkata langkah itu penting bagi membantu perusahaan yang masih kurang mendapat liputan sistem kewangan arus perdana bagi pembiayaan dan modal kerja.
“Ramai PMKS, khususnya perusahaan mikro dan kecil, masih menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan, terutamanya disebabkan rekod kredit yang terhad serta kos pembiayaan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Sebanyak 2,234 outlet KoopMart aktif beroperasi di seluruh negara setakat 30 Jun lalu....
SEREMBAN, 21 Julai – Peruntukan hampir RM7 bilion disalur Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerusi...