KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) terus memperkukuh sokongan kepada usahawan mikro melalui kemudahan pembiayaan modal kerja sehingga RM100,000 menerusi Kemudahan Bantuan Kestabilan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME SRF).
Menerusi kenyataan hari ini, BSN memaklumkan inisiatif berkenaan menawarkan kadar keuntungan serendah 3.75 peratus setahun dengan tempoh pembiayaan sehingga lima tahun.
Kemudahan itu bertujuan membantu usahawan mikro mengekalkan kelangsungan perniagaan di samping mengembangkan operasi dalam keadaan cabaran ekonomi semasa.
Related Posts
KUALA LUMPUR, – Sebanyak RM140 juta pembiayaan di bawah Modal Usahawan dan Rangsangan Ekonomi India...
BAU, – Agensi pembiayaan dan pembangunan usahawan diminta supaya lebih giat turun padang bagi mengenal...