A A A
Berita

MAHA 2026 catat jualan RM73.08 juta, MoU RM10.35 bilion

KUALA LUMPUR, – Manfaat jangka panjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 terus diperkukuh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertujuan memperluas akses pasaran, pembiayaan serta teknologi kepada petani, penternak, nelayan dan usahawan agromakanan kecil.

Timbalan Menteri, Datuk Chan Foong Hing memaklumkan MAHA 2026 telah mencatatkan jualan keseluruhan RM73.08 juta, sekali gus melepasi sasaran RM58 juta, manakala 97 memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM10.35 bilion dimeterai sepanjang penganjuran.

“Pencapaian itu mencerminkan potensi MAHA sebagai platform yang menghubungkan usahawan, pemain industri dan pelabur bagi memperkukuh sektor agromakanan negara.

“Antara kejayaan lain termasuk nilai padanan perniagaan berjumlah RM714.4 juta dan membuka peluang kepada pengusaha kecil mengembangkan perniagaan menerusi akses teknologi, latihan dan pembiayaan, termasuk geran Agropreneur NextGen (APN) hingga RM50,000.

Beliau turut memaklumkan Sidang Dewan Rakyat bahawa impak penganjuran MAHA 2026 bukan bersifat sementara, tetapi dalam jangka panjang dapat menjadi satu platform pendedahan kepada sektor berskala kecil khususnya petani, penternak, nelayan dan usahawan agromakanan.

Baca lagi…