KUALA LUMPUR, 25 Februari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan peruntukan akses pembiayaan berjumlah RM50 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) khusus bagi memperkasakan usahawan wanita baharu dalam kalangan masyarakat India tahun ini.