Eksport
Panduan Permulaan Bagi Mengeksport
Sebelum meneroka pasaran eksport, PKS perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut:
PENGELUARAN
- Boleh mengembangkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan eksport (cth. Mesin baru)
KEWANGAN
- Kedudukan kewangan yang kukuh
- Akses kepada pembiayaan (komersial dan kerajaan)?
- Memahami instrumen pembayaran
MODAL INSAN
- Kakitangan yang boleh dilatih dan berpengetahuan (contoh: pengetahuan pasaran, prosedur kastam dan logistik)
- Mempunyai pelbagai Kemahiran dan boleh bertutur dalam pelbagai bahasa
PEMASARAN
- Cabang pemasaran yang mencukupi?
- Akses kepada pelbagai saluran pengedaran?
- Pengetahuan dalam strategi pasaran eksport (merujuk pelan pasaran eksport)
KEPERLUAN EKSPORT DAN PEMATUHAN
- Mematuhi piawaian antarabangsa yang diwajibkan, akreditasi dan pensijilan
- Mematuhi keperluan eksport dan import (permit, pelesenan dan kuota)
- Mematuhi keperluan pembungkusan dan pelabelan negara pengimport
PERUNDANGAN
- Mematuhi keperluan undang-undang antarabangsa
- Memahami Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)
- Kesedaran mengenai Hak Harta Intelek (IPR)
- Kontrak Jualan Antarabangsa
- Pengetahuan dalam perundangan timbang tara dan penyelesaian pertikaian
Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut:
https://www.matrade.gov.my/en/export-to-the-world/getting-started-page/beginner-s-guide-to-exporting
Sumber: MATRADE
Related Posts
KUALA LUMPUR: Sebanyak 122 daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dari seluruh negara...
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM6.35 bilion pembiayaan kepada 265,097 usahawan menerusi Kementerian...