A A A
Berita

Pengecualian gaji minimum bantu kelangsungan PMKS

KUALA LUMPUR, – Pengecualian perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) daripada pelaksanaan kenaikan kadar gaji minimum baharu dilihat mampu mengimbangi kelangsungan perniagaan dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Ketua Penyelidikan MBSB Research, Imran Yassin Md Yusof berkata, langkah itu memberi ruang kepada PMKS untuk mengukuhkan semula operasi ketika berdepan tekanan peningkatan kos input susulan konflik di Asia Barat.

Menurutnya, kenaikan harga tenaga dan diesel serta peningkatan kos input dalam sektor lain boleh menambah tekanan terhadap operasi perniagaan, terutama ketika bekalan turut berkurangan.

“Ini kerana mereka juga boleh berdepan dengan kos input yang lebih tinggi disebabkan konflik di Asia Barat. Harga tenaga, harga diesel dan sebagainya semakin meningkat.

“Selain itu, kos input daripada sektor lain juga meningkat dan bekalan pula berkurangan. Jadi, ini mungkin dapat mengimbangi keadaan supaya kos mereka tidak terlalu tertekan. Saya lihat ini sebagai satu pendekatan yang seimbang,” katanya kepada RTM.

Baca lagi…