KUCHING: Golongan belia Bumiputera Sarawak berpeluang menerima geran permulaan perniagaan sehingga RM15,000 menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 11 yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia tahun ini.
Inisiatif tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang keusahawanan sekali gus memperkukuh pembangunan ekonomi tempatan melalui penglibatan aktif golongan muda dalam sektor perniagaan.
Related Posts
KUALA LUMPUR, 9 Februari – Sebanyak RM117 juta diperuntukkan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana...
KUALA LUMPUR, 24 Februari – Program pemerkasaan digitalisasi keusahawanan diperkukuh bagi memastikan usahawan tempatan kekal...