A A A
Berita

Syarikat tempatan perlu beralih model perniagaan ‘Made by Malaysia’ – Menteri KUSKOP

SUBANG JAYA, – Syarikat dan usahawan tempatan perlu beralih kepada model perniagaan ‘Made by Malaysia’ atau Buatan oleh Malaysia, berbanding ‘Made in Malaysia’ atau Buatan di Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim berkata, langkah itu penting bagi memastikan syarikat dan usahawan tempatan kekal berdaya saing dalam persekitaran ekonomi global yang semakin mencabar ketika ini.

“Ini bukan kerana syok sendiri mahu mengubah daripada ‘Made in Malaysia’ kepada ‘Made by Malaysia’, tetapi kerana trend ekonomi dunia yang menyaksikan kita berdepan persaingan cukup sengit, bukan sahaja dalam rantau ini malah dengan ekonomi-ekonomi besar.

“Kita juga berdepan dasar perlindungan perdagangan yang kadangkala ekstrem termasuk pengenaan tarif serta perubahan dan pembangunan teknologi yang begitu pantas. Dalam keadaan ini, syarikat dan usahawan Malaysia perlu berubah,” katanya.

Baca lagi…