Kuala Lumpur: SME Corp Malaysia (SME Corp), menerusi SME Venture@ASEAN 2025 menyasarkan potensi jualan melebihi RM300 juta hasil daripada 300 sesi padanan perniagaan yang berlangsung sepanjang tiga hari.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp merangkap Pengerusi Penganjur SME Venture@ASEAN 2025, Rizal Nainy berkata, pameran yang berlangsung selama tiga hari itu mendapat sambutan menggalakkan.