A A A
Berita

Karnival Deepavali 2026 peluang 400 usahawan jana pendapatan

KUALA LUMPUR, – Penganjuran Karnival Deepavali 2026 membuka peluang kepada lebih 400 usahawan menjana pendapatan menerusi pelbagai aktiviti perniagaan, sekali gus merancakkan ekonomi setempat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, karnival yang memasuki edisi ke-24 itu membuktikan komitmen penganjur dalam menyediakan platform perniagaan khususnya kepada usahawan masyarakat India.

Turut diperluas, penyertaan usahawan dari negara jiran seterusnya memudahkan orang ramai mendapatkan pelbagai barangan keperluan menjelang Deepavali.

“Kita mewujudkan kelompok ekonomi khususnya kepada masyarakat India, dan pada masa sama memberikan kemudahan kepada mereka untuk membuat persiapan menyambut Deepavali,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di karnival tersebut di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin.

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar berkata, sasaran kehadiran 300,000 pengunjung berpotensi dicapai, berdasarkan sambutan menggalakkan orang ramai meskipun karnival masih berbaki kira-kira lapan hari.

Baca lagi…