A A A
Berita

KUSKOP salur RM10.7 bilion pembiayaan kepada hampir 300,000 usahawan

KAJANG, – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10.7 bilion kepada hampir 300,000 usahawan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, pencapaian itu melepasi dua pertiga daripada sasaran keseluruhan RM15 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM3.14 bilion disalurkan menerusi pembiayaan kredit mikro yang memberi manfaat kepada kira-kira 200,000 usahawan, termasuk penjaja, peniaga kecil dan peruncit di seluruh negara.

“Jadi untuk mengelakkan masalah ini, kalau permohonan untuk pembiayaan di bawah RM20,000, yang rata-ratanya peniaga kecil, penjaja kita, pekedai kita, peruncit kita, maka kita dah bawah KUSKOP, agensi-agensi, kena bagi jawapan bukan 7 hari, bukan 5 hari, bukan 3 hari. Jawapan dalam tempoh masa 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 di Stadium Kajang, yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca lagi…