A A A
Berita

PM umum RM1 juta bantu penjaja, peniaga kecil

KAJANG, – Penjaja dan peniaga kecil disifatkan sebagai wira rakyat yang bukan sahaja menjadi sumber rezeki jutaan keluarga, malah memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan itu perlu terus dibantu dan diperkasa memandangkan sumbangan mereka jauh lebih besar daripada sekadar menjalankan perniagaan berskala kecil.

“Majoriti rakyat, 80 hingga 85 peratus, makan di gerai dan warung. Sebab itu sejak jadi Perdana Menteri, empat tahun ini, tiap minggu hari Jumaat, sebelum atau selepas solat Jumaat, saya pergi makan tengah hari di warung dan gerai nak tunjuk bahawa bagus kita sokong gerai dan peniaga-peniaga.

“Dia bukan syarikat besar, dia bukan Datuk atau Tan Sri. Tapi dia wira rakyat. Dia boleh membantu angkat ekonomi rakyat, dia jaga keluarga dia dan dia boleh jana ekonomi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Hari Penaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 di Pentas Utama, Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Dataran MPKj, Stadium Kajang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar mengumumkan penyaluran peruntukan RM1 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk diselaraskan bagi membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil di peringkat kebangsaan serta negeri.

Baca lagi…