PENAMPANG: Geran khas interim kepada Sabah dinaikkan daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sementara menunggu pemuktamadan kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri ini sebagaimana hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, menegaskan Kerajaan Persekutuan kekal komited melaksanakan tuntutan berkenaan, sekali gus membuktikan pentadbiran pimpinannya tidak pernah berniat menafikan hak Sabah.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan sedang memperhalusi mekanisme terbaik untuk memastikan tuntutan terbabit dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berlandaskan peruntukan perundangan.
Related Posts
BALIK PULAU, – (Bernama) Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini digesa...
KUALA LUMPUR, – Teknologi 5G bukan lagi sekadar menawarkan capaian internet yang lebih pantas,...