PENAMPANG: Geran khas interim kepada Sabah dinaikkan daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sementara menunggu pemuktamadan kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri ini sebagaimana hak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu, hari ini, menegaskan Kerajaan Persekutuan kekal komited melaksanakan tuntutan berkenaan, sekali gus membuktikan pentadbiran pimpinannya tidak pernah berniat menafikan hak Sabah.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan sedang memperhalusi mekanisme terbaik untuk memastikan tuntutan terbabit dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berlandaskan peruntukan perundangan.
Related Posts
PUTRAJAYA, – Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil...
Nilai jualan keseluruhan berjumlah RM66.88 juta dan kerjasama bernilai RM10.35 bilion menerusi 97 memorandum...