PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan meneliti lapan resolusi yang dikemukakan gerakan koperasi negara sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk pertimbangan dalam Belanjawan 2027.
Timbalan Menterinya, Datuk Mohamad Alamin, berkata resolusi yang dibentangkan pada Konvensyen Konsultasi Belanjawan Koperasi Malaysia 2027 itu akan diperhalusi di peringkat kementerian bagi memastikan setiap cadangan mempunyai justifikasi yang kukuh.
“Kita akan bincang di peringkat kementerian terlebih dahulu dan memperhalusi segala apa yang telah dicadangkan termasuk (dana) RM500 juta yang dipohon, sebelum kita serahkan kepada MOF,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan konvensyen itu, di sini hari ini.