A A A
Berita

SARA diperluas ke pasar tani buka peluang tingkat pendapatan USAHAWAN

KUALA TERENGGANU, – Peluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan basah dan segar di pasar tani dijangka meningkatkan jualan serta pendapatan usahawan tani, selain memudahkan rakyat mendapatkan barangan keperluan.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu, Muhammad Fadlee Hassan berkata inisiatif menerusi Belanjawan MADANI 2027 itu memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga.

“Kalau kita tengok peluasan SARA ini kepada pasar tani memang memudahkan rakyat untuk menikmati manfaatnya di mana-mana tempat. Manfaat juga kepada usahawan kita sendiri, bermakna memberi salah satu peningkatan pendapatan kepada usahawan apabila rakyat membeli daripada mereka di pasar tani,” katanya demikian ketika mengulas peluasan penggunaan SARA ke 216 pasar tani atau tamu di seluruh negara yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan MADANI 2027 pada Jumaat lepas.

Menurutnya, langkah itu selari dengan peningkatan peruntukan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kepada RM6.92 bilion bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara serta meningkatkan kesejahteraan pengusaha sektor agromakanan.

Jelasnya,Di Terengganu, terdapat 11 lokasi pasar tani yang melibatkan lebih 500 peniaga.

Baca lagi…