KUALA LUMPUR: Program Bank Rakyat BizMatch: Make Malaysian Businesses Great yang berlangsung di Tokyo, Jepun sempena Nikkei Forum Future of Asia 2026 berpotensi menjana urus niaga melebihi RM500 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, dalam satu kenyataan hari ini berkata potensi itu diperoleh hasil sesi padanan perniagaan dan perbincangan yang berlangsung pada 9 Jun lalu di antara syarikat Malaysia dengan Jepun.
Beliau berkata, program anjuran Bank Rakyat dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) itu menghimpunkan tujuh syarikat Malaysia bersama-sama 27 syarikat Jepun bagi meneroka peluang kerjasama.
Related Posts
KUALA TERENGGANU, – Peluasan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi pembelian barangan basah dan segar...
KUALA LUMPUR, – Peruntukan dan pelbagai inisiatif menerusi Belanjawan 2027 disifatkan mampu memperkukuh ekosistem serta...