A A A
Berita

KUSKOP laksana padanan perniagaan PMKS Malaysia dengan 30 syarikat Jepun

TOKYO, 11 Jun – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya melaksana padanan perniagaan membabitkan beberapa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia dengan hampir 30 syarikat Jepun.

Menterinya, Steven Sim berkata, misi itu dijayakan kementeriannya melalui pelbagai program sepanjang tempoh lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun.

“PMKS Malaysia yang terlibat merangkumi pelbagai industri antaranya makanan dan teknologi hijau.

“Kesemua syarikat Jepun itu berpotensi menjadi pembeli dan pelabur kepada syarikat-syarikat Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang media di sini pada Rabu.

Baca lagi…