A A A
Berita

KUSKOP sediakan pelbagai inisiatif untuk mahasiswa ceburi bidang keusahawanan

SHAH ALAM, 23 Jun – Mahasiswa di seluruh negara digesa memanfaatkan pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi mendapatkan sokongan, bimbingan serta akses pembiayaan untuk memulakan perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, pendedahan awal kepada bidang keusahawanan mampu membantu mahasiswa membina asas perniagaan yang lebih kukuh serta meningkatkan kebolehpasaran mereka selepas tamat pengajian.

Menurut beliau, pelbagai program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) boleh dimanfaatkan mahasiswa bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya saing dalam dunia perniagaan.

“Kita mempunyai pelbagai program anjuran INSKEN untuk mendekati usahawan di seluruh negara, termasuk usahawan yang dilahirkan di peringkat universiti.

Baca lagi…